Wednesday, November 14, 2012

Doa Akhir Dan Awal Tahun :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua blogwalker , blogstalker *eh* haha ,gurau je lah . Alhamdulillah sedar tak sedar dah nak habis tahun 1433 Hijrah ! sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru dah iaitu 1434 Hijrah . So kat sini ikram nak share sikit doa yang boleh kita amalkan iaitu Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun . Sedikit sebanyak mengenai Bulan Muharam :)


MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun:


*klik gambar untuk besarkan*
*nak copy highlight dan ctrl + c*

p/s:*ikram pun ambik gambar tu dari facebook je , hehe :) *

Waktu Membaca Doa Akhir Tahun:Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Waktu Membaca Doa Awal Tahun:Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada  1 Muharram.

Insya-Allah tu sedikit sebanyak yang boleh ikram kongsikan sempena nak menyambut  awal Muharam ni  , Wallahua'lam . Selamat Beramal dan Selamat Menyambut Awal Muharam . he :)

Sunday, November 11, 2012

Am I Strong Enough ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) , aku rasa macam takde mood , so that why aku update blog ni . Kadang-kadang kan aku tiba tiba rasa down , macam sekarang lah , tak tau kenapa , maybe banyak sangat fikir kot , fikir orang tu , fikir orang ni , masalah tu , masalah ni ! huh ! makin nak final makin banyak fikiran aku merayau ~

Huh ! Ikram ! Fighting ! tewaskan masalah ! kuatkan hati kau ! jangan peduli apa orang kata , apa orang nak buat , yang penting kau tak buat benda salah kan ! huh ! okay , korang semua yang bermasalah tu ! join aku ! Fighting ! kalahkan masalah ! kurangkan stress ! kesian kat otak kita tertekan . haha :)

*aku pun tak tau apa aku merepek. haha . thanks sudi baca* :D


Friday, November 2, 2012

JTMK Dinner :D

Hohoi , Assalamualaikum dan salam sejahtera , dah lama tak update blog , dah berhabuk dah , haha , maklumlah , student kan , busy memanjang , assignment sana sini , presentation , dah la susah nak jumpa internet . huh ! sedih kot , hehe . okay , nak cerita sebenarnya , pada 1 November 2012 , hehe Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Politeknik Ungku Omar telah mengadakan Dinner *jabatan aku tu* di Dewan Jubli Perak .  hehe .. ramai , semua budak JTMK *singkatan jabatan* . awesome gila , so , disebabkan ni blog aku , aku nak share gambar aku je .


ni lah aku *baju purple*  dah betambah berisi *bukan gemuk ye* haha , tak dapat terima kenyataan do !
haha .. disebabkan ramai sangat yang bergambar luar dewan , kitorang pun join the club bergambar sekali :D

ada macam macam acara , tapi takde gambar , cerita je lah termampu kan , first masuk tu duduk , then baca doa semua , ada penyampaian hadiah semua , and so on , then ada nyanyi-nyanyi sikit , then teater , then makan makan , then nyanyi lagi , dan habis *cerita aku bapak bosan do* haha , sorry la , tak reti bercerita , nah , ni gambar kitorang dalam dinner tu , he .
muka posing neutral :D

muka posing over :D

btw, enjoy jugak la Dinner tu , makin nak final makin banyak aktiviti tapi takpe , fighting ikram ! , he , lepas ni nak cerita pasal dinner polibriged pulak , tunggu ye , he :)

Sunday, September 9, 2012

Puasa Enam :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera , salam perak aman jaya , eh , sejak duduk ipoh ni , terikut ikut pulak , haha , okay , korang ! seronok raya ? seronok kan ! okay di bulan syawal ni ikram nak mengajak korang semua untuk berpuasa enam ,


Fadhilat Berpuasa Enam:

Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.”   (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Di antara manfaat lain Puasa Enam Syawal adalah:
1.     Sebagai penampal terhadap segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan.
2.     Semua amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT. pada Ramadhan, tidak akan terputus dengan berlalunya bulan mulia itu, selama dia masih hidup.
3.     Mudah berpuasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan kerana melakukan kebaikan kemudian diteruskan dengan kebaikan lain, maka ianya sebagai tanda terkabulnya amal pertama.
4.     Allah SWT menjauhkan orang yang berpuasa enam daripada api neraka dengan jaraktujuh puluh tahun.
5.     Puasa selepas Aidilfitri adalah antara tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadhan.

PAHALA SETAHUN PUASA
Pahala puasa Ramadhan yang diamalkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda.
Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW. bersabda:Puasa sebulan di bulan Ramadhan sama seperti ia berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai puasa 2 bulan.  Maka yang demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk setahun.”  - (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
Manakala di dalam kitab Sabila al-Muhtadin pula, dinyatakan; puasa 30 hari pada bulan Ramadhan ganjarannya sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula ganjarannya sama dengan 60 hari.
Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari, bersamaan dengan setahun (kalendar Qamari). Maka seolah-olah kita telah berpuasa sepanjang tahun hingga Ramadhaan tahun depan.

CARA PUASA ENAM
Puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari, di sepanjang bulan Syawal sama ada secara berterusan atau berselang-seli:
1.  Paling afdal ialah puasa enam hari berturut-turut mulai Aidilfitri kedua (2 Syawal) hingga 7 Syawal.
2.  Berpuasa secara berselang-seli, iaitu puasa sama ada selang sehari, dua atau tiga hari sekali, sebanyak enam hari dalam bulan Syawal, mengikut kemampuan masing-masing.

Lafaz niat puasa enam;

HIKMAH PUASA ENAM
Hikmah atau rahsia puasa enam hari pada Syawal adalah:
1.     Mendidik kesabaran insan daripada godaan makanan yang melimpah ruah menerusi rumah terbuka.
2.     Memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga.
3.     Allah SWT sebenarnya ingin menguji hamba-Nya apakah sanggup meneruskan puasa selepas sebulan Ramadhan walaupun hanya enam hari.
4.     Penyempurna daripada kekurangan. Pada hari kiamat, perbuatan fardu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan sunnah.
5.     Memberi peluang kepada wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, menggantikan puasanya di samping mendapat pahala puasa sunat.
6.     Mengelakkan budaya suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga hampir Ramadan berikutnya.
7.     Segera kembali melaksanakan puasa selepas Aidilfitri dengan rasa ringan dan gembira, adalah bukti kecintaannya terhadap ibadah puasa.
8.     Berpuasa selepas Ramadhan bagaikan orang yang cepat-cepat kembali daripada pelariannya, yakni orang yang baru lari daripada peperangan fisabilillah lantas kembali lagi.


QADA’ DAN PAHALA SUNAT
Seseorang yang ingin melakukan puasa qada’ dan puasa enam dalam bulan Syawal, para ulama mempunyai beberapa pandangan di antaranya;
1. Berniat puasa qada’ Ramadhan dan sunat Syawal, akan perolehi dua ganjaran, dengan syarat mendahulukan niat puasa qada’ kerana puasa qada’ adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.
2. Berpuasa qada’ sekalipun tanpa berniat menggabungkannya, ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi, namun pahalanya kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya.
3.  Berpuasa qada’ wajib atau sunat pada bulan Syawal akan tetap dapat pahala puasa enam, sekalipun ia tidak berniat dan tidak mengetahui tentang puasa enam. Ini kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW. agar berpuasa pada bulan Syawal.
4.  Sesetengah ulama menjelaskan bahawa pahala puasa sunat enam diperolehi juga dengan niat puasa qada’ atau puasa nazar. Maka sesiapa yang uzur atau tertinggal puasa Ramadhan, lalu digantikan pada Syawal, maka pahala sunat puasa Syawal turut diperolehnya.
.
Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa, sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada’ akan dinilai bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang lebih banyak di sisi Allah SWT.
Menurut pendapat ulama dalam kitab Sabila al-Muhtadin, sekiranya masa tidak mencukupi untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal kerana mengqada puasa Ramadhan, maka dia boleh mengqadanya dalam bulan Zulkaedah.

copy paste dari http://shafiqolbu.wordpress.com/ :)

Friday, August 24, 2012

Selamat Hari Raya :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera , hehe , dah lama aku tak update blog kan , tetiba rindu pulak , sejak masuk Politeknik Ungku Omar ni rasa malas nak update , maklumlah student busy "sangat" , takde lah sebenarnya takde wifi , tu yang berhabuk habis blog ni , okay , kat kesempatan ni sebenarnya aku nak amik kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Batin ,

gambar import dari google je , sekarang ni aku dah jadi pemalas , tak tahu kenapa , ish , btw , pagi tadi aku beraya , haha , dapat duit raya lagi , maybe sebab aku nampak muda , haha , setakat ni ada lah beberapa ringgit aku dapat , esok tak beraya kot , duduk rumah je , kan aku kata aku dah pemalas , hehe , btw , lepas raya ni aku nak beli broadband , susah takde internet ! rasa macam zaman batu , haha . okay lah , cukup lah aku membebel . ni ada gambar raya nak showoff sikit , tengok je , jangan kutuk , buat dosa kering je , haha :)

*btw tema family kitorang purple , maklumlah iklan ribena kata :"kelas kau syira" kitorang nak kelas jugak :)

Sunday, June 24, 2012

Resepi Chocolate Oreo Truffle

Assalamualaikum semua , okayh , hari minggu ni , mula lah aku rajin nak memasak kan , so hari ini resepi nya seperti tajuk Chocolate Oreo Truffle :)

Jangan risau senang sahaje , ini bahan bahannya :



Bahan Bahan :-
  • Biskut Oreo -sukahati nak berapa peket -(kalau guna macam aku sepeket cukup) *inti dia kalau tak suka buang , macam aku guna je , tak elok membazir , he*
  • 250 Gram Cream Cheese - keluar kan awal awal supaya lembut sikit
  • Coklat Secukup Rasa  :)

Cara Caranya :
  • Kalau korang beli biskut oreo yang dalam peket biasa tu guna lah 2 atau 3 peket , ikut suka lah , then hancurkan sama ada korang nak pakai tangan ataupun blender , terpulang , macam aku memang beli yang dah hancur , senang :)
  • Dah siap blender , keluar kan biskut tu masuk kan kedalam bekas apa apa je , mangkuk ke , ape ke , terpulang
  • Then , potong cream cheese itu kiub kiub dan masukkan ke dalam biskut oreo tadi dan gaul menggunakan tangan sampai jadi macam gambar ni 


  • Dah jadi macam tu , suka hati lah nak buat bentuk apa , bulat ke , bujur ke , petak ke , hehe . macam bawah ni bentuk cinta , haha ;)


  • Masuk kan dalam peti ais seketika ,

  • Mulalah proses pencairan coklat untuk dijadikan hiasan , gunakan kaedah double boil ye macam ni

  • Dah cair coklat tu , ambik Oreo Truffle tadi then sukahati la , nak celup ke , nak tuang ke , terpulang mengikut kreativiti ye :)
  • Then , masukkan lah dalam peti ais kejap , agak agak dah sejuk balik , baru makan :D

Selamat Mencuba :D






Sunday, May 20, 2012

sedikit emosi dan sedikit petua :D


Assalamualaikum semua .. Okayh , hari ni kan ikram nak cakap , terkilan sangat sangat , malas dah nak berlapik lagi kan .. huh ! , tahu tak perasaan bila dipinggirkan ! yes ! sangat pedih ! rasa macam kita ni takde perasaan , Okayh ! at least invite lah kan , tanya ke , apa ke , ni tak ajak ! sangat sedih ...

lupakan hal tu , buat darah naik je , nak tahu tak darah aku naik sejak kebelakangan ni , doktor suruh diet dan jangan tension , waktu macam ni lah baru nak check , waktu tengah tension , huh ! so ada petua nak kongsi dengan korang lah yang darah tinggi ni :

Petua Pertama :D
Rendamkan kulit kayu manis dalam air suam dan amalkan minum 2 kali sehari , Insya-Allah dengan izin Allah akan turun . amalkan seminggu sebelum jumpa doktor , hihi

Petua Kedua :D
Ambil daun kucai dan gula batu yang telah ditumbuk sampai lumat , masuk dalam blender , kalau tak pusing tambah sikit air atau guna blender kering tu , biarkan pati tu berembun semalaman , minum setiap pagi selama 3 hari , selawat sebelum minum , Insya-Allah turun :)

aku tengah amal petua kedua , semoga dengan izin Allah turun lah sikit , doktor kata kalau tak turun kena ambik darah ! tak nak , aku takut jarum , selamat mencuba dan selamat berjaya ;)

Monday, May 7, 2012

no title ;)


Assalamualaikum semua , ikram nak cakap agak terkilan dalam kesyukuran , check upu , tekan tekan tekan , keluar benda kat atas tu , aku menjerit politeknik ungku omar , erm .. ingat kan dapat kulinari kat uitm kan ... terdiam seketika , aku berfikir , mesti Allah ada rancangan yang lebih baik untuk aku kan , mak suruh tunggu maktab perguruan .. aku rasa , aku istikharah dulu lah kan , minta tolong daripada Allah kan , mana satu lebih baik :)

Sunday, May 6, 2012

kecewa



Assalamualaikum semua , and hei , hari ni ikram agak dissapointed lah ! sebab apa ? sebab tak dapat buat kek red velvet lah ! semalam dah google banyak banyak resepi dah ! ceritanya bermula pagi tadi , bangun lambat , tengok tengok ! ayah dah keluar ! memang , memang , tak tau nak kata apa kan ! orang dah bagi tahu dah nak pergi pasar , boleh pulak dia keluar sorang sorang kan , dah tu dia balik dia buat selamba macam aku tak ajak , bukan nak ajak ke lepas dia balik tu , memang terbakar sangat , tapi apa boleh buat kan ,aku hanya mampu bersabar , ye lah , kita mana boleh tinggi kan suara kat ibubapa kan , kalau tak derhaka namanya , aku tak nak lah sebab kek red velvet yang memang nak sangat buat tu jadi anak derhaka , benda kecik je kan , tapi aku yakin , mesti ada hikmah tak dapat nak buat hari ni kan , kalau ada rezeki dapat lah buat , Insya-Allah . moral of the story jangan kita derhaka kat ibubapa kita sebab perkara kecik , ia merugikan:)


*aku akan buat someday*

Tuesday, May 1, 2012

kata orang


hei hei hei semua blogwalker , ikram nak cakap pasal macam macam orang kata pasal kawan ! ikram pun nak kata jugak , hihiw ~

mak kata:
 " kawan tu macam lebah , habis madu sepah dibuang"



ayah kata:
" kawan tu macam ros , dilihat cantik , dipegang sakit"


atuk kata:
"kawan tu macam air , sentiasa mengalir"


nenek kata:
"kawan tu macam bulan , dipuja dan disanjung tapi jauh"


sepupu kata:
"kawan tu macam makanan , kawan makan kawan "


abang kata:
"kawan tu macam lembu , dengar je apa kita cakap "


kakak kata:
"kawan tu macam durian , bau je busuk tapi sedap dimakan"


adik kata:
"kawan tu macam biskut , kejap ada kejap takde "


ikram kata:
"kawan tu macam permata , cantik , indah , bersinar , walaupun dari lumpur kita kutip dia sekali pun kalau kita jaga , gilap , mesti jadi cantik kan , so , manusia ni memang suka dihargai , jadi , anggap lah kawan tu macam permata , hargai dan sayangilah nilai persahabatan tu seperti sebuah permata , Insya-Allah ia akan menjadi persahabatan yang bermakna dan kekal selama lamanya :) "

Monday, April 30, 2012

frust :'(


okayh semua yang jalan jalan sini ! ikram nak cakap yang sangat sangat sangat sangat frust ! mula mula macam ni cerita dia . member aku text cakap dia dapat . then , aku suruh lah dia check kan aku pulak ! kring *bukan bunyi sebenar* aku pun angkat call dia call aku cakap tak dapat .. aku memang tak percaya lah kan ! maklumlah keputusan aku kan boleh la kan bagus ! aku pun check ! 
kan , nampak tak , kecewa sangat sangat sangat ! kenapa ! kenapa ! *baca penuh perasaan ye* . mungkin belum sampai rezeki kan ! so , think positive ikram ,mungkin rayuan ke baru dapat ke , maybe kulinari lagi bagus untuk kau ke ,hihi , so ,setiap yang terjadi tu semua kehendak Allah kan ! kita hanya mampu berdoa dan berusaha je , tapi , Allah tu lebih tahu apa yang terbaik untuk kita .


so kepada yang tak dapat tu , bersangka baik lah dengan Allah , Insya-Allah ada yang terbaik untuk korang , kepada yang belum check lagi , nah , check kat sini . good luck okayh , *tak sabar tunggu UPU keluar* .  

Sunday, April 29, 2012

Hari Anugerah Cemerlang


hai semua blogwalker sekalian ! hari ni ikram nak cerita pasal hari anugerah cemerlang ! hehe .. okayh , semalam ye 28 April 2012 di SMV Sg Buloh ! ikram really excited okayh dari hari amik result lagi dah excited , hihi , maklumlah pelajar cemerlang , Alhamdulillah ! merasa jugak kan ikram , hihi .. agak segan lah jugak kan nak datang sekolah , maklumlah dah bertambah X dalam XL , hihi ! serius , ni gambar amik result semalam

kan ! gemok sangat sangat sangat ! sape kata tak kan ! korang memang tipu ! aku pun rasa gemok lah ! ish ! malu pulak ! hehe ! semalam memang best day ever lah jumpa junior junior ! omgee , *aku batak junior sikit* , semua dah matured ! erm , btw , sempat jugak lah bergambar dengan junior PKOM aku ! hihi 


kan , aku still gemok walaupun berdiri ! kena diet ni ! btw ! terima kasih korang sudi bergambar dengan mica*nama manja, haha* . korang the best dan aku memang sayang korang macam adik sendiri*serius* ! korang the best ! melainkan yang baju hijau ! dia tu senior kelas lain ! sibuk betul ! hihi .. 


ha ! yang baju ungu tu lah Cik Nyna comel ! hihi ! selalu berbalas balas note ! so sweet kan ! rindu saat saat tu sangat sangat ! serius ! hehe , aku rasa macam tak nak balik nak duduk dengan mereka mereka ni ! seronok ! lagi lagi junior aku *batak lagi* ngeh3 , tapi orang kata kalau selalu jumpa nanti bosan , so biar lah jarang jumpa ! apa yang penting ingatan kan , dari ingatan tu melahirkan rasa rindu , dari rindu menguatkan rasa sayang kan ! so  , korang semua jangan lupa aku okayh !  hihi :)

Saturday, March 24, 2012

Terima Kasih Allah :D

Assalamualaikum semua bllogwalker sekalian , seperti yang selalu stalker aku , mesti tau aku spm tahun lepas , so , aku nak berkongsi pengalaman lah kan , excited kan ..

cerita dia macam nie , aku sengaja bangun lewat pagi tu sebab terlalu takut , so bila sampai tak lah takut sangat sebab lama lagi .. haha ..pukul sepuluh baru lah pergi , haha .. padahal kena sampai pukol sembilan . haha ..

jeng jeng jeng .. pukol 11.oo dah .. haha .. singgah bank kejap , pukol 11.3o baru sampai , tu pun tak keluar lagi ! hehe .. tetiba aku nampak list hutang buku teks "oh my gucci" , 43.50 . semput .. naseb aku ade duit dan mak aku pun ade duit ..haha :D

kemudian , jeng jeng jeng .. cikgu sampai ! haha .. jantung aku mula bergerak pantas macam F1 , haha .. aku relaks la dulu bagi yang excited kan ! lepas tu guru kelas kate "ikram , awak pulak !"


dup dap dup dap *bunyi jangtung mengepam darah !.. aku duduk ! oh ! ada hutang lagi rupanye .. haha *malu aku .. hutang Pusat Sumber rm20 , seperti yang korang tahu aku ni takde duit sangat , so pergilah jumpa mak aku ! hehe .. lepas tu ada orang potong ! naseb lah membe kalau tak !

*kemuncak .. penolong kanan kata "guru guru sila berhenti .." tak layan ~ bila guru penolong kanan pentadbiran kata baru semua berhenti ..

cikgu tu pun panggil la nama sorang sorang .. aku yang memang lansung tak tahu ni saje lah main main suruh membe membe aku diam kononnya name aku nak kena sebut ! tet ... "muhammad ikram b. che adnan " .. terkesima aku .. tak sangka ohh ..

turun dari pentas aku menangis kat mak aku , terharu beb ! ingat aku tak dapat , rupanya memang betul orang kata , rezeki tak berbau ! aku sangat bersyukur ..

TERIMA KASIH ALLAH :D

aku yang comel baju coklat tu :D

Friday, March 16, 2012

it's hurt when ~

ohkay kepada semua blogwalker , ikram nak bagi tahu benda benda yang korang tak perasan korang buat terhadap kawan yang menyakiti hati mereka sama ada perasan atau tak :D
  • korang kutuk dia depan orang lain
  • korang suruh dia tolong korang tapi bila dia mintak tolong korang tak nak
  • korang cerita kisah silam dia yang memalukan
  • korang bocorkan rahsia yang dia bagitahu kat korang
  • korang tak habis habis cari kesalahan dia dan cari pasal
  • korang buat lawak bodoh dengan dia waktu dia memerlukan korang
  • korang kata dia tak penting untuk korang
  • korang abaikan dia bila dengan kawan lain
  • korang tak pernah jaga hati dia walaupun dia kawan baik korang
  • korang lupakan dia walaupun hanya berpisah seketika
  • korang tak pernah bagi dia hadiah atau penghargaan kat diorang walaupun sedekad berkawan
ini baru sikit je , sedar tak sedar orang ni pelbagai ragam , nak jaga semua memang tak bole la .. paling kurang pun treat dia macam seorang yang penting dalam hidup korang itu adalah hadiah yang beharga untuk kawan kawan :D

Wednesday, March 14, 2012

facebook apps :D


haha .. aku memang rajin gune facebook apps nie , seronok sangat , bak kata orang "kejutan yang tak dijangka " *kejutan memang la tak dijangka , keh3 .. ok nak cerita , baru je tadi aku guna satu aplikasi nie "seberapa comelkah anda " .. aku memang dah tahu .. tapi saje nak tengok apps nie betul ke tak .. main punye main keluar lah nie
haha , maksudnya apps nie tak boleh percaya sangat lah kan , aku kan sepatutnya 100% , haha .. so jangan amik serius , just for fun boleh la , haha :D

excited .


hehe .. sedar tak sedar lagi seminngu nak keluar result .. uhh .. seram sangat .. macam macam terbayang kat kepala aku , hehe .. berapa A la agaknya aku yang pandai nie dapat haa .. nervous dowh .. hehe .. excited jugak la kan .. kalau cemerlang Alhamdulillah la .. kalau "kurang" cemerlang pun Alhamdulillah jugak .. sebab keputusan tu lah yang apa telah aku usahakan selama menjadi pelajar "nerd" selama ini .. hehe .. fyi semua blogwalker yang excited nak amik result tarikh dah tukar kot .. bukan 22 march , dah tukar jadi 21 march , kurang satu hari je .. excited pun bertambah satu level , hehe ~


Tuesday, March 13, 2012

Kimi Ni Todoke




hehe , saje letak tajuk jepun , sejak aku menganggur ni , dah jadi favourite pulak tengok anime .. best ohh , lukisan dah la cantik , lepas tu lawak lain macam pulak tu , dengan rupe rupe sekali , comel ohh , secara tak lansung aku tau la sikit bahase jepun , hihi .. ok , sebenarnya aku nak cerita kat korang pasal anime Kimi Ni Todoke atau BI dia Reaching You ..
tu gambar die .. yang dua orang kat kanan tu la watak utama .. perempuan tu nama Kuronuma Sawako , yang lelaki tu nama Kazehaya Shota .mula mula kuronuma ni budak macam kena pulau sebab dia macam berhantu kononnya , padahal biase je. Kazehaya seorang yang happy go lucky , so die macam open minded je la nak tegor si Kuronuma , dah lame lame diorang jatuh hati , tapi makin lama keadaan makin tegang sebab ade salah faham , tapi memang sweet lah , sebab macam orang suci nak bercinta , sangat sangat lah blur .. btw , korang tengok memang tak rugi walaupun sampai 2nd season , kadang kadang bengang gak blur sangat , hehe :D

Monday, March 12, 2012

first time bertutti fruity :D

hoit hoit .. dah seminggu tak update .. nak story nie , baru balik dari rawang .. *rawang je la mampu .. haha .. first ingat nak sambut birthday membe .. die tak datang pulak , uhh ... *tensyen sungguh ape ape pun happy birthday Aidil Fikri *kalau kau bace kau kena bangge ! ..
haha , dah 18 tahun kau , haha , dah tua . hehe .. ok , setibanya kat rawang aku jumpe la mmbe kuh yang lain .. hihi .. mule mule jalan jalan , *buat berpeluh je .. then pergi karaoke .. uhh .. 2 jam je .. *duit tak banyak .. then dah habes buang masa menyanyi yang tak mendatangkan pahala tu , aku ternampak tutti fruity .. hihi .. first time masuk ohh .. macam batak .. tak tau nak buat ape .. naseb membe aku tau ..mule kena amik cup dulu .. the taruh ice cream then letak hiasan .. hehe .. cuak gak doe .. dah la ikut gram .. kang berat kang tak mampu nak bayar , tp aku amik 200 gram je .. naseb :D .

Saturday, March 3, 2012

memori .



tibe tibe teringat pulak memori waktu sekolah dulu , hehe , ceh macam dah lame , padahal baru berape bulan habis sekolah . straight to the point la , mase tu aku tengah amik ujian .. biase la beg kat belakang kan , mane bole bawak beg , semua aku tinggal dalam beg .*beg aku macam loker kedua .. semua ade ..minyak wangi , surat , sampah pun ade , haha ,.

aku duduk belakang sekali dalam kelas mase ujian tu , cikgu yang jage kelas tu ronda ronda lah kan , beg aku pulak memang lah macam goodie beg je *nak periksa standard la ,. jeng jeng .. cikgu tu dah mula usha pelik dah ,aku lagi lah pucat ,. tetiba dia check , omg ... dalam hati *kantoi le aku .. memang ! kantoi pun .. abes paper tu .. cikgu tu panggil ,. cikgu tu kenal aku , sebab dia cikgu pengawas .. aku dengan muka sedih pergi la , then dia selongkar depan aku .. keluarlah .. surat adik angkat , minyak wangi , fon dan ape ntah .. lupe ..

lepas je semua paper hari tu , ape lagi , mula lah aku mencanang cerita , hihi .. lame ohh rampas , last year waktu form four blah baru dapat .. btw , pengalaman memberi pengajaran , *cheewah , lepas kena rampas aku bawak fon laen , haha .. :D

Wednesday, February 29, 2012

judge ?

kadang-kadangkan , bengang jugak ohh , orang suka nak judge kita tanpa mengenali kita .. memanglah , tengok orang kita boleh agak diorang macamane , but , tak payahlah sampai nak menghina .. berpada-padalah , kita pun tak sempurna kan ? kalau bagus sangat takpelah , muka pun pecah rumah , gigi pun berterabur .. nak judge orang , tolonglah .. aku mengakulah , aku pun suka judge orang .. tapi lame lame aku sedar .. kemana sangat je , aku judge dia tanpa mengenali dia kiranya aku judge Allah la yang mencipta dia .. so .. stop lah ye .. nobody perfect .. nak mengata pun berpada pada lah , selalu ingat setiap apa yang kita lakukan kita diperhatikan ..


renung renungkan lah ye korang :D

bicara hati ~


cuba korang baca and renung-renungkan ayat nie ... kalau kita terlalu percaya , kalau kita terlalu sayang , kalau kita terlalu mengharap .. kita jugak nanti yang kecewa , so kat sini point dia jangan la terlalu taksub dengan seseorang sampai kita sendiri yang kecewa .. sebab aku sendiri pun alami .. nak cerita ke ? .. malaslah .. pengalaman mengajar erti kedewasaan .. hehe .. tapi aku tak dewasa-dewasa lagi , hihi :D

Monday, February 27, 2012

nak cerita ..



first day
uhh , baru balik dari kampung .. semalam .. sekejap je .. tak berkesempatan nak online kat sane .. name pun kampung kan .. hehe .. broadband pun tak dapat connect . kitorang gerak malam .. sampai pun agak kol 4.30 am .. perlis kan .. jauh uhh .. dah naik mentari baru lah tuan rumah perasan ketibaan kitorang .. hehe .. punyelah tak nak kaco orang tido .. tido dalam kereta je la .. hihi ..back to the main reason .. setibanya di rumah si pengantin merangkap sepupu lelaki aku .. after makan semua .. masuk la rumah .. then , sepupu aku yang lain mula lah nampak aku yang dah semakin debab nie .. hehe .. semuanya tesengih sengih sambil memuji kedebapan aku .. haha .. *malu aku .. btw memang seronok tengok kenduri kawen .. hehe .. *rase macam ta sabar .. tapi aku takde calon lagi la .. hehe .. setelah beberapa ketika kat situ sampai khemah di kemas .. kitorang pun blah la .. then pergi ke kedai sepupu jugak la kirenye .. dah kawen lame .. tp kitorang baru jumpe isterinya first time kat kenduri tadi .. so mesra alam orangnya .. I LIKE .. hehe .. masakan diorang pun tip top .. lazat sungguh .. tapi aku dah kenyang makan kenduri tadi .. sepenuh kudrat aku try makan .. dah makan dengan rakusnya mulalah kitaorang nak menbelahkan diri ke tempat lain pulak .. hehe .. ke rumah abang bapak aku .. hehe .. blah ... blah .. blah .. sampai dah .. hehe .. aku nie agak popular jugak lah dikalangan saudara kat pelis nie .. maklumlah .. mulut laser .. haha .. dah bersembang sembang datang sepupu aku dengan anaknya yang comel + montok + tembam .. excited .. aku dukung dia bawak pergi kat langsir .. boleh pulak main cak cak.. ahh .. sangat comel .. malam makin malap .. kitorang tido situ je ..

Second Day
argh .. aku bangun .. seronok pulak mimpi shila amzah dengan kawan kawan lama .. rindu rasa hatiku ini .. *chewah .. hari ni kita orang akan ke Padang Besar .. yay !. shopping time .. pagi tu aku tolong bapa saudara aku kait pelam .. uhh seronok merasa jd orang kampung nie.. hehe .. dah siap segala galanya .. kitaorang pun bertolak bersama sepupu bapak aku cik ton .. hehe .. seronok sangat shopping .. aku yang memang boros nie beli baju sikit je .. sepuloh helai je .. hurm .*nak menunjuk lettew aku .. hehe .. aku adelah jugak beli cendermata , tapi tak tau nak bagi siapa .. bagilah diri sendiri .. sebab aku sangat sayang diri aku .. hehe .. then after beberapa jam sampai hitam aku .. blah la .. hantar cik ton .. kitaorang lepak jap kat rumah kakak bapak aku sebelah rumah kakak cik ton td ..then balik la kerumah :)

Friday, February 24, 2012

setelah lama ..

sangat sangat rindu lah nak berbloging , tapi tak berkesempatan .. sibuk tanam anggur kat ruang tamu sambil berdengkur .. hehe .. dah 2 bulan lebih berlalu baru ingat yang aku ade blog .. haha .. btw .. blogwalker tersayang .. rajin rajin lah singgah ye .. btw , malam nie nak balik perlis .. kenduri kahwin .. untunglah dapat kahwin .. hehe ..

tngglkn link anda untuk di follow ;) .