Wednesday, November 14, 2012

Doa Akhir Dan Awal Tahun :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua blogwalker , blogstalker *eh* haha ,gurau je lah . Alhamdulillah sedar tak sedar dah nak habis tahun 1433 Hijrah ! sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru dah iaitu 1434 Hijrah . So kat sini ikram nak share sikit doa yang boleh kita amalkan iaitu Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun . Sedikit sebanyak mengenai Bulan Muharam :)


MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun:


*klik gambar untuk besarkan*
*nak copy highlight dan ctrl + c*

p/s:*ikram pun ambik gambar tu dari facebook je , hehe :) *

Waktu Membaca Doa Akhir Tahun:Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Waktu Membaca Doa Awal Tahun:Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada  1 Muharram.

Insya-Allah tu sedikit sebanyak yang boleh ikram kongsikan sempena nak menyambut  awal Muharam ni  , Wallahua'lam . Selamat Beramal dan Selamat Menyambut Awal Muharam . he :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

tngglkn link anda untuk di follow ;) .