Wednesday, November 14, 2012

Doa Akhir Dan Awal Tahun :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua blogwalker , blogstalker *eh* haha ,gurau je lah . Alhamdulillah sedar tak sedar dah nak habis tahun 1433 Hijrah ! sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru dah iaitu 1434 Hijrah . So kat sini ikram nak share sikit doa yang boleh kita amalkan iaitu Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun . Sedikit sebanyak mengenai Bulan Muharam :)


MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun:


*klik gambar untuk besarkan*
*nak copy highlight dan ctrl + c*

p/s:*ikram pun ambik gambar tu dari facebook je , hehe :) *

Waktu Membaca Doa Akhir Tahun:Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Waktu Membaca Doa Awal Tahun:Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada  1 Muharram.

Insya-Allah tu sedikit sebanyak yang boleh ikram kongsikan sempena nak menyambut  awal Muharam ni  , Wallahua'lam . Selamat Beramal dan Selamat Menyambut Awal Muharam . he :)

Sunday, November 11, 2012

Am I Strong Enough ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) , aku rasa macam takde mood , so that why aku update blog ni . Kadang-kadang kan aku tiba tiba rasa down , macam sekarang lah , tak tau kenapa , maybe banyak sangat fikir kot , fikir orang tu , fikir orang ni , masalah tu , masalah ni ! huh ! makin nak final makin banyak fikiran aku merayau ~

Huh ! Ikram ! Fighting ! tewaskan masalah ! kuatkan hati kau ! jangan peduli apa orang kata , apa orang nak buat , yang penting kau tak buat benda salah kan ! huh ! okay , korang semua yang bermasalah tu ! join aku ! Fighting ! kalahkan masalah ! kurangkan stress ! kesian kat otak kita tertekan . haha :)

*aku pun tak tau apa aku merepek. haha . thanks sudi baca* :D


Friday, November 2, 2012

JTMK Dinner :D

Hohoi , Assalamualaikum dan salam sejahtera , dah lama tak update blog , dah berhabuk dah , haha , maklumlah , student kan , busy memanjang , assignment sana sini , presentation , dah la susah nak jumpa internet . huh ! sedih kot , hehe . okay , nak cerita sebenarnya , pada 1 November 2012 , hehe Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Politeknik Ungku Omar telah mengadakan Dinner *jabatan aku tu* di Dewan Jubli Perak .  hehe .. ramai , semua budak JTMK *singkatan jabatan* . awesome gila , so , disebabkan ni blog aku , aku nak share gambar aku je .


ni lah aku *baju purple*  dah betambah berisi *bukan gemuk ye* haha , tak dapat terima kenyataan do !
haha .. disebabkan ramai sangat yang bergambar luar dewan , kitorang pun join the club bergambar sekali :D

ada macam macam acara , tapi takde gambar , cerita je lah termampu kan , first masuk tu duduk , then baca doa semua , ada penyampaian hadiah semua , and so on , then ada nyanyi-nyanyi sikit , then teater , then makan makan , then nyanyi lagi , dan habis *cerita aku bapak bosan do* haha , sorry la , tak reti bercerita , nah , ni gambar kitorang dalam dinner tu , he .
muka posing neutral :D

muka posing over :D

btw, enjoy jugak la Dinner tu , makin nak final makin banyak aktiviti tapi takpe , fighting ikram ! , he , lepas ni nak cerita pasal dinner polibriged pulak , tunggu ye , he :)

tngglkn link anda untuk di follow ;) .