Assalamualaikum
dan salam sejahtera , salam perak aman jaya , eh , sejak duduk ipoh ni ,
terikut ikut pulak , haha , okay , korang ! seronok raya ? seronok kan ! okay
di bulan syawal ni ikram nak mengajak korang semua untuk berpuasa enam ,
Fadhilat
Berpuasa Enam:
Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka
puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari
keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada
api neraka sejauh tujuh puluh tahun.” (Riwayat
Imam Bukhari dan Muslim)
Di antara manfaat lain Puasa Enam Syawal adalah:
1. Sebagai penampal terhadap
segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan.
2. Semua
amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT. pada Ramadhan, tidak akan
terputus dengan berlalunya bulan mulia itu, selama dia masih hidup.
3. Mudah berpuasa
selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan kerana
melakukan kebaikan kemudian diteruskan dengan kebaikan lain, maka ianya sebagai
tanda terkabulnya amal pertama.
4. Allah SWT
menjauhkan orang yang berpuasa enam daripada api neraka dengan jaraktujuh
puluh tahun.
5. Puasa
selepas Aidilfitri adalah antara tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan
keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadhan.
PAHALA SETAHUN PUASA
Pahala
puasa Ramadhan yang diamalkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini
kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda.
Imam
Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW. bersabda:“Puasa
sebulan di bulan Ramadhan sama seperti ia berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa
selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai puasa 2 bulan. Maka yang
demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk setahun.” -
(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
Manakala
di dalam kitab Sabila al-Muhtadin pula, dinyatakan; puasa 30 hari pada bulan
Ramadhan ganjarannya sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan
Syawal pula ganjarannya sama dengan 60 hari.
Jika
dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun
sebanyak 360 hari, bersamaan dengan setahun (kalendar Qamari). Maka seolah-olah
kita telah berpuasa sepanjang tahun hingga Ramadhaan tahun depan.
CARA PUASA ENAM
Puasa
sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari, di sepanjang bulan Syawal
sama ada secara berterusan atau berselang-seli:
1.
Paling afdal ialah puasa enam hari berturut-turut mulai
Aidilfitri kedua (2 Syawal) hingga 7 Syawal.
2.
Berpuasa secara berselang-seli, iaitu puasa sama ada selang sehari,
dua atau tiga hari sekali, sebanyak enam hari dalam bulan Syawal, mengikut
kemampuan masing-masing.
Lafaz
niat puasa enam;
HIKMAH PUASA ENAM
Hikmah atau rahsia puasa enam hari pada Syawal adalah:
1. Mendidik
kesabaran insan daripada godaan makanan yang melimpah ruah menerusi rumah
terbuka.
2. Memberi
kesempatan kepada tubuh untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh
menahan lapar dan dahaga.
3. Allah SWT
sebenarnya ingin menguji hamba-Nya apakah sanggup meneruskan puasa selepas
sebulan Ramadhan walaupun hanya enam hari.
4. Penyempurna
daripada kekurangan. Pada hari kiamat, perbuatan fardu akan disempurnakan
(dilengkapi) dengan perbuatan sunnah.
5. Memberi
peluang kepada wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan,
menggantikan puasanya di samping mendapat pahala puasa sunat.
6. Mengelakkan
budaya suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga hampir Ramadan berikutnya.
7. Segera
kembali melaksanakan puasa selepas Aidilfitri dengan rasa ringan dan gembira,
adalah bukti kecintaannya terhadap ibadah puasa.
8. Berpuasa
selepas Ramadhan bagaikan orang yang cepat-cepat kembali daripada pelariannya,
yakni orang yang baru lari daripada peperangan fisabilillah lantas kembali
lagi.
QADA’ DAN PAHALA SUNAT
Seseorang
yang ingin melakukan puasa qada’ dan puasa enam dalam bulan Syawal, para ulama
mempunyai beberapa pandangan di antaranya;
1.
Berniat puasa qada’ Ramadhan dan sunat Syawal, akan perolehi dua ganjaran,
dengan syarat mendahulukan niat puasa qada’ kerana
puasa qada’ adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.
2.
Berpuasa qada’ sekalipun tanpa berniat menggabungkannya, ganjaran
puasa enam tetap akan diperolehi, namun pahalanya kurang daripada orang yang
berniat kedua-duanya.
3.
Berpuasa qada’ wajib atau sunat pada bulan Syawal akan tetap
dapat pahala puasa enam, sekalipun ia tidak berniat dan tidak
mengetahui tentang puasa enam. Ini kerana ia telah mencapai maksud hadis
Rasulullah SAW. agar berpuasa pada bulan Syawal.
4.
Sesetengah ulama menjelaskan bahawa pahala puasa sunat enam diperolehi juga
dengan niat puasa qada’ atau puasa nazar. Maka sesiapa yang uzur atau
tertinggal puasa Ramadhan, lalu digantikan pada Syawal, maka pahala sunat puasa
Syawal turut diperolehnya.
.
Namun,
kebanyakan ulama berpendapat bahawa, sekalipun pahala puasa enam bersama puasa
qada’ akan dinilai bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan
kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang lebih banyak
di sisi Allah SWT.
Menurut
pendapat ulama dalam kitab Sabila al-Muhtadin, sekiranya masa tidak mencukupi
untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal kerana mengqada puasa Ramadhan, maka dia
boleh mengqadanya dalam bulan Zulkaedah.