Friday, June 10, 2011

Kata-Kata :)


Kadang-kadang kita manusia tidak lari dari melakukan kesilapan . Kadang-kadang kita tak sedar apa kesalahan kita sesama manusia ataupun pencipta kita Allah SWT. Seharusnya kita sebagai manusia yang sering melakukan kesilapan hendaklah kita sentiasa sedar dan sentiasa bertaubat. Perkara yang sering kita pandang remeh adalah "kata-kata". Sebenarnya kata-kata adalah suatu yang paling bisa tanpa kita sedar. Hadis Rasulullah yang bermaksud:

''Barangsiapa yang beriman kepada Allah, hendaklah ia berkata yang baik atau diam.'' (Muttafaq 'alaihi dari Abu Hurairah dan Abu Syuraih).

Dari Hadis ini jelas menyatakan bahawa seandainya tidak ada perkataan yang baik untuk dikeluarkan maka seharusnya kita diam. Sesungguhnya , seandainya kita melakukan dosa dengan Allah SWT kita mungkin akan mendapat keampunan kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun . Tapi seandainya kita melakukan dosa dengan manusia , adakah mudah untuk kita mendapat kemaafan ? sesungguhnya manusia itu sendiri serba kekurangan . Kadang mulut sahaja yang berkata “Aku maafkan kau” tapi hati mereka , hanya Allah yang tahu kerana Allah itu Maha Mengetahui .

Diriwayatkan dari Sahl bin Sa’d ra.: Rasulullah Saw pernah bersabda, “siapapun yang dapat menjaga lidah dan kemaluannya, aku jamin ia akan masuk syurga”

Hadis ini juga menyokong bahawa orang yang menjaga pertuturannya serta kemaluannya dijamin oleh Rasulullah itu sendiri akan masuk syurga . Sesungguhnya nikmat disyurga itu memang tidak tehingga . Pasti semua menginginkannya . Jadi marilah kita mengambil langkah yang pertama iaitu dengan mejaga mulut . Wallahua’lam . :)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

tngglkn link anda untuk di follow ;) .