Friday, August 24, 2012

Selamat Hari Raya :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera , hehe , dah lama aku tak update blog kan , tetiba rindu pulak , sejak masuk Politeknik Ungku Omar ni rasa malas nak update , maklumlah student busy "sangat" , takde lah sebenarnya takde wifi , tu yang berhabuk habis blog ni , okay , kat kesempatan ni sebenarnya aku nak amik kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Batin ,

gambar import dari google je , sekarang ni aku dah jadi pemalas , tak tahu kenapa , ish , btw , pagi tadi aku beraya , haha , dapat duit raya lagi , maybe sebab aku nampak muda , haha , setakat ni ada lah beberapa ringgit aku dapat , esok tak beraya kot , duduk rumah je , kan aku kata aku dah pemalas , hehe , btw , lepas raya ni aku nak beli broadband , susah takde internet ! rasa macam zaman batu , haha . okay lah , cukup lah aku membebel . ni ada gambar raya nak showoff sikit , tengok je , jangan kutuk , buat dosa kering je , haha :)

*btw tema family kitorang purple , maklumlah iklan ribena kata :"kelas kau syira" kitorang nak kelas jugak :)

Sunday, June 24, 2012

Resepi Chocolate Oreo Truffle

Assalamualaikum semua , okayh , hari minggu ni , mula lah aku rajin nak memasak kan , so hari ini resepi nya seperti tajuk Chocolate Oreo Truffle :)

Jangan risau senang sahaje , ini bahan bahannya :



Bahan Bahan :-
  • Biskut Oreo -sukahati nak berapa peket -(kalau guna macam aku sepeket cukup) *inti dia kalau tak suka buang , macam aku guna je , tak elok membazir , he*
  • 250 Gram Cream Cheese - keluar kan awal awal supaya lembut sikit
  • Coklat Secukup Rasa  :)

Cara Caranya :
  • Kalau korang beli biskut oreo yang dalam peket biasa tu guna lah 2 atau 3 peket , ikut suka lah , then hancurkan sama ada korang nak pakai tangan ataupun blender , terpulang , macam aku memang beli yang dah hancur , senang :)
  • Dah siap blender , keluar kan biskut tu masuk kan kedalam bekas apa apa je , mangkuk ke , ape ke , terpulang
  • Then , potong cream cheese itu kiub kiub dan masukkan ke dalam biskut oreo tadi dan gaul menggunakan tangan sampai jadi macam gambar ni 


  • Dah jadi macam tu , suka hati lah nak buat bentuk apa , bulat ke , bujur ke , petak ke , hehe . macam bawah ni bentuk cinta , haha ;)


  • Masuk kan dalam peti ais seketika ,

  • Mulalah proses pencairan coklat untuk dijadikan hiasan , gunakan kaedah double boil ye macam ni

  • Dah cair coklat tu , ambik Oreo Truffle tadi then sukahati la , nak celup ke , nak tuang ke , terpulang mengikut kreativiti ye :)
  • Then , masukkan lah dalam peti ais kejap , agak agak dah sejuk balik , baru makan :D

Selamat Mencuba :D






tngglkn link anda untuk di follow ;) .